Kehidupan peribadi Orlando_Bloom

Bloom pernah menjalinkan hubungan yang tidak stabil[25] dengan pelakon Kate Bosworth, dari tahun 2003 sebelum putus pada September 2006.[26][27]

Pada penghujung 2007, Bloom mula berpacaran dengan model dari Australia, Miranda Kerr.[28] Mereka mengumumkan pertunangan mereka pada Jun 2010,[29] dan melangsungkan perkahwinan pada bulan seterusnya.[30] Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Flynn Christopher Bloom, yang lahir pada Januari 2011 di Los Angeles.[31][32] Pada 25 Oktober 2013, Bloom dan Kerr mengumumkan mereka telah berpisah beberapa bulan yang lalu dan mahu menamatkan perkahwinan mereka. Kedua-duanya bercerai pada penghujung 2013.[33][34]

Bloom kemudiannya mula berpacaran dengan penyanyi Katy Perry sejurus selepas Anugerah Golden Globe ke-73 pada Januari 2016.[35] Namun, pasangan ini mengesahkan mereka telah berpisah pada Februari 2017.[36]

Rujukan

WikiPedia: Orlando_Bloom http://www.news.com.au/entertainment/movies/orland... http://www.news.com.au/sundaytelegraph/story/0,,21... http://newyork.cbslocal.com/2013/08/07/orlando-blo... http://www.concorde-int.com/about.htm http://www.contactmusic.com/news.nsf/article/love%... http://deadline.com/2015/08/britannia-awards-meryl... http://deadline.com/2017/08/orlando-bloom-cast-car... http://www.elleuk.com/life-and-culture/culture/lon... http://www.entertainmentwise.com/news?id=22430 http://www.eonline.com/news/832872/katy-perry-and-...